Panas : tutorial buat banner beranimasi ringkas

Assallamualaikum dan salam sejahtera…

Ok setelah puas penaip kepada ishakhasimi.com,cari idea idea yang ok sedikit untuk dishare kepada korang yang ada betandang ke blog ini yang ishak rasakan korang  adalah tetamu kehormat bagi ishakhasimi.com dan ishak rasa ishak patut kongsikan segala yang ishak ada sedikit sebanyak untuk manfaat korang semua,mungkin ada diantara korang semua yang dah tahu cara membuat banner beranimasi ringkas sebegini dan korang yang dah tahu sila beri pembetulan jika ishak ada tersilap apa yang ishak kata pada entri kali ini, dan kepada yang belum tahu cara membuatnya jom kita teruskan membaca toturial yang ishak beri ini..penat tau buat heheh

Ok sebelum tu ishak nak bagi tahu kepada korang software yang digunakan adalah software adobe image ready ,kalau korang tahu adobe image ready dikembarkan sekali dengan pemasangan adobe photoshop 7.0, pada asalnya ishak hanya nak guna photoshop cs4 (lebih canggih) tapi takut korang tak biasa dengan cs4 dan tujuan ishak guna software adobe image ready sebagai bahan toturial,adalah sebagai asas pembelajaran kepada sesiapa yang belum tahu,basic lah katakan heheh

1) ok pertama sekali ishak nak korang sediakan image dalam skala 300 x 300 px ke,200 x 60 px ikut suka hati korang lah,tapi untuk toturial ini ishak akan gunakan 125 x 125 px,ala saiz biasa banner blog korang..lihat pada gambar yang  ishak gunakan ini

2) Dan selepas tu korang kena buka pulak gambar tadi pada adobe image ready lihat pada gambarajah dibawah

3 ) Setelah itu ishak nak korang mula menaip teks  dengan dengan type tool seperti gambarajah dibawah, kalau ishak..ishak akan gunakan perkataan pendam rasa

4) Selepas itu ishak nak korang buat satu lagi teks (ikut kemahuan korang) dan ishak pada kali ini akan gunakan perkataan ketahui tips bercinta disini lihat pada gambarajah dibawah

Dah habis semua adik-adik ? kali ini cikgu nak ajar langkah seterusnya nya ok ? harap adik-adik faham kalau adik-adik tak faham,mungkin adik-adik banyak sangat makan semut kot..heheh

Ok setelah itu korang dah perhatikan betul-betul apa dah korang faham ? ok untuk langkah seterusnya korang tunggu entri akan datang,jumpa lagi…salam satu Malaysia….opss belum abis lagi ehy.? Ok untuk langkah seterusnya  lihat pulak ini

5) Ok untuk langkah seterusnya korang tutup atau hidekan penanda mata  pada bahagian layer,bukan tutup mata korang..kalau tutup mata korang,macamana korang nak faham ok,lihat pada gambarajah dibawah yang ishak bulatkan dan ada anak panah  merah dan titikkan tu,itulah adalah tanda mata..

Ini langkah seterusnya adalah proses penganimasian ringkas, ingat faham betul-betul langkah-langkah awal yang ishak tunjukan tadi..kalau tak faham juga tak tahu lah korang nie..

6) Langkah proses penganimasian ini senang aje..pertama sekali lihat pada gambarajah ini duplicatekan gambar tadi kepada berapa korang nak,klik pada gambar pada ruangan animation dan korang klik butang duplicate,mana butang tu ? ala korang nie..lihat sahaja pada butang kecil yang ishak bulatkan dengan warna merah dekat gambarajah..yang anak panah warna merah tunjukan tu

7 ) Langkah seterusnya pergi kebahagian layer teks pendam rasa dan klik pada penanda mata,lihat gambarajah dibawah, seterusnya klik duplicate, contoh : kalau nak teks itu sekejap muncul sekejap tidak,klik pada penanda mata  pada layer teks dan klik duplicate lepas tu,hide kan penanda mata pada layer teks dan klik lagi duplicate,lakukan proses tersebut berulang kali,mengikut tempo masa kemunculan teks yang korang nak

8 ) Langkah seterusnya..kali ini,korang hidekan penanda mata pada bahagian layer teks Pendam rasa duplicate kan kepada satu atau dua,ikut citarasa korang lah..sila lihat pada gambarajah dibawah

9 ) Langkah seterusnya adalah proses menganimasi teks yang kedua, ishak nak bagitahu,caranya lebih pun sama macam langkah yang ke  tujuh tadi,sila lihat langkah ke tujuh lakukan proses yang sama pada teks ketahui tips bercinta disini korang nak bagaimana teks itu muncul dan berkelip ikut kreativiti korang lah..lihat pada gambarajah dibawah

10 ) ok dah selesai semua kerja wahai adik-adik ? ok dah selesai cuba korang clik butang play pada ruangan animation,dan pastikan juga bahagian forever aktif, dan setelah itu tibalah pulak proses menyimpan,mula mula klik file pada bahagian atas adobe images ready dan klik save optimized as lihat pada gambarajah dibawah

11) Dan akan muncul paparan seperti gambarajah dibawah tukar nama kepada nama yang korang suka,kalau ishak…ishak akan guna nama banner dan save kan dalam format .gif

12 ) Ok dah selesai..inilah hasil nya….

ok dah habis semuanya..fuh letih tau buat semua ni,kalau korang ada apa-apa kemuskilan silah lah tanya.,pada ruangan komen ruangan komen tempat beri pendapat,teguran ,pertanyaan..sila lah ye,jangan malu malu…….

ok salam satu malaysia

Related Posts with Thumbnails

8 Responses to “Panas : tutorial buat banner beranimasi ringkas”

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:D =)) ^:)^ =)) :-/ :)) :rock :dance :-bd :-? :-O $-) [-O< =:) :-S :P =P~ more »

Sponsor
Iklan menarik
langganan percuma

Baca melalui email:

Add to Google Reader or Homepage

TwitterCounter
Leteran terkini
  • Ali ridha: Selamat Hari Raya..maaf zahir & batin………..
  • mijie: selamat hari raya, maaf zahir dan batin
  • ALIA: ERM HARI2 ADA JE KES PEMBUANGAN BAYI.KADANG2 DA NAIK MUAK NAK BACA BUT GERAM TOL ORG YG PANDAI WAT TP X PANDAI...
  • AyieBlog: Salam bro,selamat hari raya maaf zahir dan batin,kalau tersilap mengomen :) ,hehehe raya balik terengganu...
  • kulanz: Salam bro, selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin
Geng
Mendaki alexa
Categories