Oh marshanda I love you

the mona lisa,mona lisa,marshanda

Assallamualaikum dan salam sejahtera

Wahahahah…eii comel betul si marshanda tu kan ? bila dia pegang jer watak winda dalam drama sinetron Indonesia iaitu benci bilang cinta fullamak lagi comel orr,kalau jadi bini aku memang sebulan aku tak keluar rumah ni hahaha,

Weh untuk pengetahuan korang aku memang start follow cerita benci bilang cinta yang si marshanda ni lakonkan dari mula lagi,hadoi memang best gila wa cakap lu inilah drama Indonesia yang paling agak lama aku boleh bertahan aku tengok mungkin kerana jalan ceritanya agak bagus dari drama Indonesia yang lain campur lagi drama ini turut diselitkan dengan lawak jenaka memang best

Kalau ikutkan dari menonton drama Indonesia yang lain rasanya aku tak mahu tengok kot,entah kenapa benci bilang cinta ni aku terus follow,sebab apa drama Indonesia yang lain kebanyakanya dua kali lima jer dengan drama kita kat Malaysia ni,namun mungkin pelakonnya yang berlainan kot itu sebab kita tak perasaan sangat,sebab apa aku tak mahu tonton drama Indonesia yang lain ? sebab mula-mula cerita tu best lepas tu ada masaalah pulak makin menjadi-jadi sampaikan aku tak ada mood lagi nak tengok,bila kepala naik pusing ambik remote astro tukar chanell lain,tapi bagi drama sinetron benci bilang cinta ni aku ambik remote simpan baik-baik

Korang tak nak download ker drama ni ? aku tak tahu pulak link yang aku share ni boleh download ke tidak korang try lah yer..ini kat bawah ni

Download

Dan korang nak tahu sinospis cerita tu  ? meh klik link yang aku sediakan ini untuk dapatkan synopsis dia

Sinopsis

Kenapa marshanda ini amat cantik bagi aku ? ok pertama kali aku nak bagitahu sebenarnya marshanda ni mempunyai wajah yang agak comel cute gitu tau ahhaaha,lagi satu watak winda yang dipegang nya dalam drama benci bilang cinta,dan gaya lakonan yang cukup berkesan membuatkan aku cukup jatuh cinta dengan minah indon sorang ni ahaha, ok korang dah ada dengar tak yang kes anak-anak dara Malaysia ni yang lari ke Lombok dan khawin kat sana kan ? lepas ni korang akan dengar pulak dalam berita seorang blogger  lelaki melarikan diri ke Indonesia sebab kejar cinta seorang artis tetapi tidak dibalas ahaha….

Drama sinetron benci bilang cinta ini sampai kakak aku pun minat jugak ngan drama ini best gila wa cakap lu walaupun si marshanda dalam cerita ni pakaiannya nampak agak seksi namun tetap nice jugaklah walaupun mata seorang lelaki seperti aku agak terjolok namun,watak yang dibawak itu agak budak-budak sedikit,maksud watak winda itu menampakan ianya tidak matang tapi agak comel huhu

Ok kejap arr aku nak bagi si marshanda punya biodata kat korang..supaya kenal lah sedikit ngan minah yang comel gila ni

the mona lisa,mona lisa,marshanda dan baim wong

Nama penuh : Adriana Marshanda

Nama panggillan : Marshanda

Tarikh lahir : 10 ogos 1989

Nama  ayah : Irwan yosuf

Nama  ibu : Riyanti sofyan

Zodiak : leo

Pendidikan :  SD Islam Tugaskus, SMPN 216, SMA Labschool, Kebayoran Jakarta

Penyanyi yang diminati : Christina Aguilera, Britney Spears, M2M

Pelakon filem yang diminati : Dude Herlino

SINETRON-

  • Bidadari 1
  • Bidadari 2
  • Keluargaku Mata Hatiku
  • Kisah Sedih di Hari Minggu
  • Kisah Kasih di Sekolah
  • Kisah Kasih di Sekolah II
  • Adam dan Hawa
  • Manis dan Sayang
  • Benci Bilang Cinta
  • Hikmah 2
  • Putri Yang Terbuang
  • Soleha
  • Maha Kasih
  • Maha Cinta
  • Hingga Akhir Waktu
  • Cinta Bunga
  • Legenda
  • Anak Cucu Adam
  • Benci bilang cinta

FILEM-

  • Kalau Cinta Jangan Cengeng

-ALBUM-

  • Allah yang Kucintai (Kompilasi, 2002)
  • Best of Female Idol
  • Broken Heart
  • Broken Heart Vol 2
  • Now and Forever
  • Dua Belas Lagu Islami Terbaik
  • Bidadari
  • Marshanda(2005).

-IKLAN-

  • Filma
  • Cadbury Eclairs
  • Supermi Ayam Bawang
  • Es Mony
  • Tango Wafer
  • Chicken Nuggets
  • Carvil Millenium
  • Susu Bendera
  • Belia
  • Emeron
  • Bank Tamara
  • Vaseline

ANUGERAH/PENGHARGAAN-

  • The Most Brilliant Person pada Asian Award 2004
  • Duta Lingkungan Hidup (2006).

Itu ajer yang aku nak share sedikit mengenai marshanda ni yang selebihnya boleh lah search sendiri kat search enginie heheh…

Apa respon korang pasal marshanda ni ? jangan malu-malu bagi respon,blog aku tak makan orang punya

Ok salam satu malaysia

Related Posts with Thumbnails

43 Responses to “Oh marshanda I love you”

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:D =)) ^:)^ =)) :-/ :)) :rock :dance :-bd :-? :-O $-) [-O< =:) :-S :P =P~ more »

Sponsor
Iklan menarik
langganan percuma

Baca melalui email:

Add to Google Reader or Homepage

TwitterCounter
Leteran terkini
  • mijie: selamat hari raya, maaf zahir dan batin
  • ALIA: ERM HARI2 ADA JE KES PEMBUANGAN BAYI.KADANG2 DA NAIK MUAK NAK BACA BUT GERAM TOL ORG YG PANDAI WAT TP X PANDAI...
  • AyieBlog: Salam bro,selamat hari raya maaf zahir dan batin,kalau tersilap mengomen :) ,hehehe raya balik terengganu...
  • kulanz: Salam bro, selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin
  • wazy: Salam Selamat Hari Raya bro
Geng
Mendaki alexa
Categories