Anda malu ? jom atasi dan hilangkanya

malu2z

Assallamualaikum dan salam sejahtera

Pernah tak kita rasa diri kita malu untuk melakukan sesuatu ? contohnya :

  • malu untuk berjumpa dengan kawan-kawan kita
  • malu untuk bercakap di khalayak ramai
  • malu nak cakap kita cintakan dia
  • malu nak tempeleng muka kawan kita
  • malu untuk bertanya

Perasaan malu yang aku/saya nyatakan diatas bukan atas sebab malu dari akibat perbuatan korang memalukan diri sendiri,contohnya :

  • bunting luar nikah
  • kantoi sebab ada 3gp melayu tudung seks
  • malu akibat kena tangkap basah

dan malu yang sama waktu dengan 3 perkara tersebut…

malu3

malu yang saya nak spesipikasikan adalah malu yang didalam kategori kurang berkeyakinan dengan apa yang teringin kita nak lakukan dalam melakukan perkara-perkara yang baik,

“pernah kan ? apa  ? tak pernah ? hek eleh tipu ler tu….”

Kalau ada saudara mara yang korang jarang jumpa  ajak kita makan dekat restoran

Saudara korang : “bro jom makan kat restoran kat hotel merdeka palace”

Korang : “malulah bro”

Haha,bukan malu ker namanya tu ? jangan tipu kalau korang tak pernah malu dalam diri,malu untuk melakukan perkara tak baik itu lain tapi ini malu untuk melakukan perkara yang baik

Ok pada kali ini saya nak share satu cara untuk menghilangkan malu mengikut dari pengalaman saya sendiri,al maklumlah saya ni dulu seorang yang pemalu kalau jalan lalu depan perempuan kepala tunduk macam nak patah,pernah sekali saya di cop pondan kerana akibat terlalu pemalu seingat saya pondan mana ada perasaan malu sebab kalau pondan ada perasaan malu diorang tak berpakaian seperti perempuan betul tak ? diorang tak buat pembedahan tukar jantina

Ok  ini dia caranya yang mudah mengikut dari pengalaman saya yang tak seberapa ini

Korang malu untuk berjumpa dengan kawan-kawan korang ?

Malu dalam hal ini,ada kemungkinan mereka ini baru korang kenal al maklumlah dah lama sangat duduk kat kampung dan mula melangkah masuk ke alam kolej  ke university ke,malu dalam keadaan macam ini biasanya berlaku ketika minggu orientasi atau lepas orientasi

Ok cara untuk mengatasinya adalah…

  • Tetapkan dalam diri untuk berubah menjadi seorang yang hebat
  • Cari dan berkenalan dengan mereka yang mempunyai perwatakan yang agak matang dari korang (biasanya mereka ini banyak akan membantu dan memberi teguran)
  • Bila nak bersemuka dengan kawan-kawan baru,tarik nafas dalam dalam hembus perlahan-lahan yakinkan yang diri kita hebat
  • Jangan biarkan kepala sentiasa tunduk,kalau boleh paksa mata kita untuk memerhatikan keadaan sekeliling  (jangan ambik kesempatan untuk tengok dada wanita pulak nanti mata jadi biru)
  • Korang suka membaca ? gunakan apa yang pernah korang baca untuk memulakan topic perbualan,contohnya apa tajuk berita yang korang baca dekat akhbar hari ini agar kita mudah mesra dan yakin
  • Jangan berperasangka buruk dengan mereka yang baru kita kenal,tengok muka macam muka pecah rumah terus tak mahu berkawan,jangan bersikap sebegini tak baik

Korang malu untuk bercakap didepan khalayak ramai ?

Malu dalam hal ini kemungkinan pertama kali disuruh buat presentation untuk assignment, gabra, darah gemuruh ,nak terkencing dan bermacam lagi

Ok cara untuk mengatasinya adalah….

  • Yakinkan diri (imagine) yang korang seorang yang profesional  (contoh : menteri,ahli perniagaan,doktor,professor dan lain-lain)
  • Kalau dah yakinkan diri tu,bercakap jangan kaku macam kayu.mesti ada body language stailkan cara bercakap dengan cara yang berkeyakinan tinggi (cuba tiru gaya Tun dr Mahathir)
  • Sebelum bercakap tarik nafas dan hembus perlahan-lahan, mata sentiasa fokus pada audien yang memerhatikan kita agar mudah untuk  kita atasi rasa malu itu

malu6

Korang malu nak meluahkan cintakan pada dia (ini untuk lelaki) ?

Kenapa malu ? kalau respon si dia tu sukakan  korang tapi korang malu nak cakap korang  suka kat dia balik hampeh betul lah tu..baik tak payah jadi lelaki

Bagi saya untuk mengatasi rasa malu untuk cakap cinta ni, 4 kuasa harus digabungkan ,bagi sayalah..apa dia 4 kuasa itu ? ok ini dia 4 kuasa itu

  • Kuasa akal pikiran ( bagaimana korang bertindak)
  • Kuasa mulut (bagaimana korang bercakap)
  • Kuasa hati ( bagaimana korang mengawal perasaan dan keyakinan)
  • Kuasa mata ( bagaimana korang memandang)

Ok jika korang Berjaya mengabungkan 4 kuasa ini baru senang nak mengatasi rasa malu untuk meluahkan cinta

Ok ini dia cara mengatasi rasa malu nak cakap kita cintakan dia

  • Pandang mata dia dan cakap “saya ingin awak menjadi kekasih  saya” dengan penuh romantik

P/s : mata jangan macam mata orang stim pulak, mata mesti menimbulkan keyakinan pada si dia untuk menerima korang sebagai kekasih (kalau boleh sampai ke jinjang pelamin)

  • Mulut ,hendaklah bercakap perkara yang menghiburkan si dia dan mengembirakan dia agar si dia senang dengan korang dan korang pun taklah rasa malu
  • Otak  jangan berpikir perkara-perkara negatif pasal si dia,kerana bila otak dah berpikir negatif ianya akan mempengaruhi kelakuan,dan tindak tanduk kamu pada si dia dan mungkin menimbulkan was-was dan seterusnya korang akan kata “malu lah”                            apa dia perkara-perkara negatif itu ?                                                                                                           contoh : dia suka kat aku tak ?,dia dah ada kekasih lain kan ? dan yang sewaktu dengannya
  • Hati mesti sentiasa tenang ,tingkatkan tahap keyakinan diri kita untuk mengatasi rasa malu nak cakap kita cintakan dia

malu1

Korang malu untuk bertanya ? gila apa ?

oh kalau tanya benda tak baik begini tak malu :

“ bro dalam handphone bro ada 3gp artis melayu tak ? Bluetooth untuk saya boleh ?”

tapi kalau tanya benda begini malu :

“ bro mana pejabat pendaftaran ?”

Perkara ini senang aje…..kalau tanya perkara baik

Cara dia : Kalau nak tanya macam contoh “kat mana pejabat pendaftaran”, yakinkan diri dan mesti nampak profesional

Tapi jangan tanya macam ni :

“bang kat mana pejabat pendaftaran ?” tapi muka  pandang kat lantai (sebab malu)

Cara yang berkeyakinan adalah kuasai sifat berani,yakin dan nampak profesional ,mesti tetapkan dalam hati kita yang kita professional

Tanya dengan cara macam ini :

“bang kat mana pejabat pendaftaran ?,bukan apa sebab saya ada urusan rasmi disana”

(walaupun hanya hantar resit)

mata hendaklah memandang tepat pada mata orang yang kita nak tanya dengan senyuman yang menampakan kita nampak professional

malu5ok ada sedikit tambahan,jika korang malu dan rasa tak yakin untuk bertindak,uji mata korang biasanya mata memainkan peranan cuba korang pakai cermin mata (tiada degree) pakai sahaja walaupun korang tak rabun sebab pakai cermin mata ni boleh menampakkan kita ni smart seterusnya meningkatkan tahap keyakinan diri dan dapat mengatasi rasa malu..

sebab pakai cermin mata ni saya pernah buat,saya sanggup mengeluarkan modal RM 70.00 untuk menempah cermin mata tanpa degree(sebab saya tak rabun)  demi mengatasi rasa malu dan meningkatkan tahap keyakinan diri

ok itu sahaja yang saya nak share….korang ada apa-apa tambahan sila komen kat ruangan komen

ok salam satu malaysia

Related Posts with Thumbnails

22 Responses to “Anda malu ? jom atasi dan hilangkanya”

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:D =)) ^:)^ =)) :-/ :)) :rock :dance :-bd :-? :-O $-) [-O< =:) :-S :P =P~ more »

Sponsor
Iklan menarik
langganan percuma

Baca melalui email:

Add to Google Reader or Homepage

TwitterCounter
Leteran terkini
  • Ali ridha: Selamat Hari Raya..maaf zahir & batin………..
  • mijie: selamat hari raya, maaf zahir dan batin
  • ALIA: ERM HARI2 ADA JE KES PEMBUANGAN BAYI.KADANG2 DA NAIK MUAK NAK BACA BUT GERAM TOL ORG YG PANDAI WAT TP X PANDAI...
  • AyieBlog: Salam bro,selamat hari raya maaf zahir dan batin,kalau tersilap mengomen :) ,hehehe raya balik terengganu...
  • kulanz: Salam bro, selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin
Geng
Mendaki alexa
Categories