Tips nak beri nasihat atau teguran dengan betul

Assalalamualaikum dan salam sejahtera

Ramai diantara korang diluar sana yang merungut,sebab adik korang,anak korang,kawan korang yang tak suka dengar nasihat dan teguran dari korang dan akan marah lagi bila dengar nasihat dari korang tetapi kalau terima nasihat dan teguran dari orang lain boleh pulak siap senyum dan gembira lagi

punca nya ? kenapa diorang tak sukakan nasihat dan teguran korang ? puncanya dari korang sendiri korang rasa korang dah berjaya,korang rasa korang dah banyak duit korang boleh suka hati sahaja menegur dan beri nasihat tanpa memperdulikan perasaan dan tekanan yang dihadapi oleh yang kena tegur dan nasihat

zaman millenium ini memang banyak tekanan dan memang banyak perlu dipikirkan bagi meneruskan kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ramai yang tidak menyedari hal ini namun,mereka ini hanya pentingkan kehebatan diri sendiri sahaja dan rasa hebat bila memberi nasihat tanpa memperdulikan perasaan orang lain

Tips nak beri nasihat atau teguran dengan betul


  • Pastikan yang hendak ditegur,tidak mengalami tekanan dan masaalah dalam kehidupan
  • contoh : ada penyakit dan sakit serta tekanan dalam menghidapi penyakit

  • Betulkan cara korang menegur,
  • contoh kalau korang menegur sebegini “amin pergi masjid,,apalah ko nie asyik main komputer aje 24 jam huuh haaah !!!” sedangkan budak tu baru je on komputer dan jarang sekali main komputer,itu cara salah sebenarnya cara yang betul adalah sebegini “amin jom pergi masjid,nanti kau sambung baliklah main komputer takkan lari punyalah komputer tu tak usah risau” sambil tu korang pegang bahu yang ditegur,kerana memegang bahu ketika kita menegur seseorang akan mendatangkan keselesaan pada hati yang ditegur

  • Menegur dan beri nasihat kepada perbuatan yang ada kena mengena dengan yang ditegur
  • contoh menegur dan beri nasihat kepada perbuatan yang tak ada kena mengena “kau hari-hari melayari internet,carilah informasi dan cari lobang kerja yang diiklankan di internet tu jangan asyik melayari laman porno-porno sahaja” sedangkan dia tahu yang ditegur tidak suka dengan laman porno,ini boleh mencetuskan ketegangan antara penegur dan yang ditegur..ok perbetulkan keadaan dengan ayat sebegini “kau hari-hari melayari internet kan ? cuba kau cari laman web yang aku berikan ini,ianya banyak informasi tau,dan ini laman web yang ada iklan jawatan kosong,cuba kau apply mana tahu dapat”

  • Jangan menegur dan beri nasihat macam orang gila
  • Menegur dan beri nasihat macam orang gila, korang tahu apa yang aku maksudkan ? koranglah,seperti orang gila menegur dan beri nasihat pada orang normal..apa yang aku maksudkan ? ok contoh kalau korang meminta kepada yang ditegur untuk melakukan sesuatu dan beri nasihat kepadanya dengan ayat sebegini “amin cubalah ko basuh pinggan mangkuk kat luar jangan asyik depan komputer sahaja” dan selepas itu korang masih juga pot pet pot pet berleter sedangkan apa yang korang suruh dan tegur pada yang ditegur sudah pun yang ditegur laksanakan tapi mulut korang masih pot pet pot pet memarahi yang ditegur ,kan macam orang gila menegur orang normal tu,dah menegur tapi mulut masih pot pet pot pet marah pada orang :mrgreen:

  • Jangan berperasangka yang bukan-bukan sebelum menegur yang ditegur
  • Ramai yang tak sedar hal sebegini sering berlaku,iaitu berperasangka buruk kepada yang ditegur, contoh yang ditegur itu sering melakukan kerja-kerja rumah,seperti mengemas rumah,memasak untuk ibu dan bapa dan pelbagai lagi..orang yang dah buat kerja sebegitu..korang jangan berperasangka buruk pulak contohnya ,korang abang yang tinggal berjauhan dengan ahli keluarga dan korang menegur adik korang sebegini “wei amin cubalah kau,mengemas rumah,memasak untuk mak dan bapak,kau tu dah lah tak ada kerja asyik depan komputer sahaja,entah-entah mak dan bapak kat rumah makan ke tidak,aku rasa engkau ni mesti tiap-tiap malam melepak dengan kawan-kawan” ha itu perasangka buruk namanya…jangan bertindak sebegitu nanti menimbulkan ketegangan antara adik beradik k.

ok itu sahaja yang dapat aku kongsikan buat korang k nak tambah dan beri pendapat tambahan ruangan komen tersedia untuk korang. jangan lupa komen agar aku dapat tahu dimana url korang dan melawat laman blog korang k.

salam satu malaysia…………

Related Posts with Thumbnails

6 Responses to “Tips nak beri nasihat atau teguran dengan betul”

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:D =)) ^:)^ =)) :-/ :)) :rock :dance :-bd :-? :-O $-) [-O< =:) :-S :P =P~ more »

Sponsor
Iklan menarik
langganan percuma

Baca melalui email:

Add to Google Reader or Homepage

TwitterCounter
Leteran terkini
  • mijie: selamat hari raya, maaf zahir dan batin
  • ALIA: ERM HARI2 ADA JE KES PEMBUANGAN BAYI.KADANG2 DA NAIK MUAK NAK BACA BUT GERAM TOL ORG YG PANDAI WAT TP X PANDAI...
  • AyieBlog: Salam bro,selamat hari raya maaf zahir dan batin,kalau tersilap mengomen :) ,hehehe raya balik terengganu...
  • kulanz: Salam bro, selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin
  • wazy: Salam Selamat Hari Raya bro
Geng
Mendaki alexa
Categories