Kenapa guna domain dan hosting sendiri untuk blogging ?
Assallamualaikum dan salam sejahtera…..
Hem inilah aku permulaan mukadimah bukan main lagi bagi salam siap dengan salam sejahtera lagi tapi ada kalanya content blog aku ini adakalanya kasar,adakalanya syok sendiri ,adakalanya bagi info ah lantaklah janji aku sendiri yang tulis…
Ok tajuk entri….kenapa guna domain dan hosting sendiri untuk blogging? satu soalan yang bagi aku adalah soalan kegemaran aku,kerana dulu time guna blogspot soalan ini yang sering bermain dipikiran aku,kerana pada masa itu tiada apa yang aku banggakan menggunakan blogspot kerana apa bagi aku penggunaan blogspot adalah sangat terhad dari segi pengubahsuaian theme,dari segi pengendalian content blog memang agak senang,tiada apa yang dipeningkan dengan blogspot ,tak payah pikir pasal bandwith kerana semuanya ditanggung sendiri oleh blogspot,dan sekarang kan blogspot dah jadi milik google..so, googlelah yang tanggung..
Tapi sebelum tu,sebelum aku jawap soalan yang aku bikin sendiri,aku nak melelat sedikit,biasalah blog syok sendiri kan ?ok satu persoalan kenapa google sanggup menangung kadar bandwith untuk blogspot ? ok ini yang aku terangkan setelah aku membaca dari beberapa sumber,sebenarnya google berbuat demikian adalah satu pelaburan (biasalah bisnes),dengan penyediaan hosting bagi blogspot dan memberikan penggunaan secara percuma,…google dapat mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit dengan program adword mereka,
ok contoh : adsense adalah untuk para publisher-publisher blog menjana keuntungan dari hasil kepakaran mereka menulis tentang sesuatu perkara yang memberi maklumat kepada pengunjung,manakala adword pula adalah untuk para pengiklan mengiklan produk mereka .. pengiklan membayar kepada google untuk iklan mereka dipaparkan dengan jumlah tertentu mengikut kadar bidaan bagi sesuatu keyword yang dicari pengunjung pada enjin carian google iaitu google search,ok setiap iklan dari pengiklan adword akan di paparkan diblog oleh adsense,bila entri pada blog mempunyai keyword yang berkaitan dengan sesuatu produk yang diiklankan oleh pengiklan menerusi adword,maka bila pengunjung klik pada iklan google adsense selepas membaca sesuatu entri tersebut,maka publisher-publisher blog akan menjana keuntungan dari setiap klik yang dilakukan oleh pengunjung dan pengiklan akan membayar google untuk setiapa klik itu google pun dapat untung dan publisher-publisher blog dapat menjana pendapatan juga,..itu sebabnya googe sanggup menyediakan hosting secara percuma untuk pengguna blogspot ,dalam perniagaan tak semestinya penggunaan berbayar sahaja yang mendapat keuntungan,tetapi penggunaan percuma lebih lagi mengaut keuntungan kerana orang sentiasa mencari benda yang percuma..ok..
ok berbalik kepada tajuk,kenapa guna domain dan hosting sendiri untuk blogging? bagi aku memilih untuk guna domain dan hosting sendiri adalah satu langkah yang bijak,kerana apa dari situ kita akan belajar dengan sendiri apa namanya itu susah dan payah dalam blogging dan membina blog/web sendiri walaupun aku nie agak baru dalam penggunaan self hosting ini namun aku telah merasai apa susah nya dalam membina blog/web sendiri segala apa yang aku buat dan letak pada blog ini dari segi pengubahsuaian theme semuanya aku belajar sendiri
memiliki domain dan hosting sendiri akan menyebabkan kita rasa yakin dan lebih lagi dalam melakukan sesuatu, sebab membangunkan jenama sendiri
domain seperti contoh www.sepakterajang.com kita boleh rasa bangga dengan wujudnya nama sendiri seperti itu dan semangat dan kekuatan yang ada pada kewujudan nama domain kita sendiri membuatkan kita rasa yakin,hebat,dengan apa yang kita buat berbanding jika kita menggunakan domain www.sepakterajang.blogspot.com dan hosting kita disediakan oleh google secara percuma,apa yang kita boleh lakukan ? sedikit sahaja,tak dapat kita nak buat apa-apa, sebab biarpun kita mempunyai pengetahuan html yang luas,kita hanya dapat mengedit theme sahaja bagi akulah,ubahsuai sedikit ,hanya untuk tulis lepas tu bagi orang baca hem tak mencabar lansung,domain pun kita guna subdomain blogspot ,tapi jangan hina blogspot sebab ianya menjana keuntungan kepada google dan publisher-publisher blog yang lain..tapi kalau kita guna domain kita sendiri pun kita boleh menguntungkan google dan diri kita jugak..dan lebih professional kalau kita menggunakan sesuatu dibawah jenama kita sendiri
penggunaan domain dan hosting sendiri akan lebih hebat ,lebih-lebih lagi jika kita mempunyai pengetahuan dalam pengatucaraan php,html, java scrift dan juga pengetahuan dalam senireka bentuk grafik dan multimedia yang amat berkaitan dan diperlukan dalam bidang pembangunan blog/web ,ok cuba kita lihat laman web blog direktori www.gengblogger.com dari sudut pengaturcaraan yang dilakukan,membuatkan aku rasa kagum dengan hasil kerja anak tempatan,pada mulanya aku fikir laman blog web direktori geng blogger adalah menggunakan cms wordpress ataupun joomla sepertimana yang digunakan sebahagian web direktori yang lain,setelah melihat dari soalan yang dikemukakan blogger di bahagian forum geng blogger baru aku tahu dan kagum dengan hasil kerja anak tempatan dalam melakukan hal sedemikian,
dan ulasan akhir aku,penggunaan domain dan hosting sendiri dalam blogging/web kita merasa lebih senang berkerja dibawah penyediaan kita sendiri dan kita rasa lebih pro bagi aku lah,keselesaan yang amat sangat,sebagai contoh jika korang menumpang dirumah kawan korang,korang rasa selesa tak ? kadangkala nak buat apa pun susah,buat ini tak kena buat itu tak kena , kalau duduk kat rumah sendiri ? lantaklah nak buat apa pun..rasa lebih selesa dan bebas nak buat apa yang kita suka kecuali maksiat
macam itulah juga kalau kita guna domain dan hosting sendiri dalam blogging kita boleh buat apa sahaja yang kita suka..janji jangan jadi aduka taruna…
ok itu pendapat aku…kalau pendapat korang ? macammana pulak ? kenapa korang memilih untuk guna domain dan hosting sendiri dalam blogging ? sila beri pendapat korang dekat ruangan komen…
ok salam satu Malaysia….
Psssst : kejap..kejap..korang tentu heran apasal shoutbox aku tak ada,maybe aku dah buang…tidak sebenarnya shoutbox aku aku hide kan dia korang kalau korang nak chat kat shoutbox tu korang dari dan klik satu tab kat blog aku ini….ini kat bawah ini gambarajah tab dia..korang carilah tab yang seperti dalam gambarajah kat bawah di blog aku nie…










,hehehe raya balik terengganu...
thanks, nice post.. very informative..
teringin gak nak self hosting ni.. tgh tunggu masa yg sesuai..
ezany´s last blog ..Wallpaper Paling Sempoi
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 5th, 2010 at 3:26 am
@ezany, hohoho..terima kasih kembali….
[Balas komen alien ni hehehe]
aku pun baru lagi dalam selfhosting ni
TMUkmkd´s last blog ..Burung Jenjang Si Penenun Kain
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 5th, 2010 at 3:43 am
@TMUkmkd, tak adahal janji..kita dapat belajar dan belajar timba ilmu timba pengalaman dengan self hosting
[Balas komen alien ni hehehe]
TMUkmkd
Reply:
March 5th, 2010 at 11:09 am
@ishak, selfhost ni banyak membantu aku memahami macam mana sesebuah sistem bergerak dalam enviroment bukan localhost.
TMUkmkd´s last blog ..Burung Jenjang Si Penenun Kain
[Balas komen alien ni hehehe]
Tengku Ishak Hasimi
Reply:
March 5th, 2010 at 6:06 pm
@TMUkmkd, so…tak nak plan nak buat sistem sendiri ke…?eheheh
[Balas komen alien ni hehehe]
TMUkmkd
Reply:
March 5th, 2010 at 6:15 pm
@Tengku Ishak Hasimi, niatnya gitu la
tapi slow2 la dulu
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 5th, 2010 at 6:28 pm
@TMUkmkd, bagus-bagus..usahakan mana tahu nanti ko boleh jadi jutawan bila ko buat benda sebegitu..betul..terapkan semangat malaysia boleh…
[Balas komen alien ni hehehe]
kalau nak blogging secara serius bertukar la kepada wordpress selfhost….betul x
khairil´s last blog ..Jom Layan Drama Dan Kumpulan Dari Korea
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 5th, 2010 at 3:45 am
@khairil, hem betul tu,tapi ada juga yang tak berapa serius..tetapi blogging guna selfhost
[Balas komen alien ni hehehe]
bro,hosting ape yg paling bagus ek?
kalo dari segi byran die plak camne?
-kurng fasih dlm self hosting..
chaoi´s last blog ..Ulasan Panggung-Niyang Rapik
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 5th, 2010 at 2:45 pm
@chaoi, bagi aku netkl bro..sebab aku pakai netkl….so bro boleh try hosting macam yang khai-justkhai syorkan juga
[Balas komen alien ni hehehe]
blogspot sudaaa.. eheheee
qismina´s last blog ..tips nak hilangkan ingatan macam orang amnesia
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 5th, 2010 at 3:06 pm
@qismina, hheheeh,loving blogspot eyh
[Balas komen alien ni hehehe]
bukan ape… cuma da terlalu sayang ngn blogspot… dulu ada gak ati nak tuka domain ngn hosting sendiri…
Tapi tah la… sebab blogspot la aku kenal macam2 dalam dunia internet ni…
X kn la aku nak tinggalkan benda yang pernah membantu aku celik dalam dunia blogging kan?
Just my 2 sen
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 5th, 2010 at 3:04 pm
@tenteraangin, tapi kalau ko nak guna domain sendiri,tapi hosting blogspot..boleh juga….macam http://www.jejaktrend.com tu
[Balas komen alien ni hehehe]
woah..cool info. bagus2..
mmg ade brand sendiri la blog bro ni.hehe..
NiZaM´s last blog ..10 Tanda Dilamun Cinta
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 5th, 2010 at 3:10 pm
@NiZaM, terima kasih bro..insyaalah ada masa nanti nak up kan lagi heheheh
[Balas komen alien ni hehehe]
kadang kala ada hosting sendiri nampak memeningkan diri.hehe
farhan´s last blog ..Photos : Bola sepak peringkat sekolah Premier
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 5th, 2010 at 3:19 pm
@farhan, ikut pada hosting service yang ko langgan tue..
[Balas komen alien ni hehehe]
Aku guna dua-dua.. free dan selfhost.. hi hi
Kalau orang kata theme utk blogspot tak menarik aku tak setuju sbb bagi aku theme dia lagi senang nak edit dan boleh buat sebijik sama ngan wp..
Kalau utk wp aku pilih thesis theme dan aku customize ikut suka aku.
Dr pengalaman aku.. kedua2nya ada pro & cons bergantung pada kita dan utk apa blog tersebut.
Anyway nice entry..
zoul´s last blog ..Jejaka Pilihan Gadis Melayu
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 7th, 2010 at 4:25 pm
@zoul, kadangkala bro memang dua-dua ada pro…,wp still of the best…blogspot pun lebih kurang juga,tapi theme dia yang memang menarik adalah yang premium punya kalau blogspot lah,tapi buat yang pakar dalam edit theme..memang dapat buat sesuatu yang macam wp……
[Balas komen alien ni hehehe]
entry ni sangat bagus! point-point cukup bernas. good job naa
lizz´s last blog ..Haram Ke Kalau Kita Berkawan Dengan Pengkid?
[Balas komen alien ni hehehe]
@lizz, hem terima kasih,pening gak kepala nak cari idea buat entri nie..hehe
[Balas komen alien ni hehehe]
sy bro sbelum ada kad kredit
sy juga guna blogspot
tapi bila dah de kad kredit
sy beralih kpd domainame dan hosting sdiri.
mmg best bro…sprt bro ktkan
(rumah sendiri)
izam´s last blog ..enTourage edge™dualbook Untuk Mahasiswa
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 10th, 2010 at 12:07 pm
@izam, tak payah guna kad kredit bro,saya pun tak ada kad kredit..kan ada syarikat hosting kat malaysia nie,,yang pembayaran dia boleh menggunakan pembayaran deposit melalui bank,macam netkl..boleh bayar secara depositkan duit ke akaun maybank netkl
[Balas komen alien ni hehehe]
Tahniah, ni pun nampak macam pandai juga main script. Saya je masih tak pandai2. Payah nak cari sifu.
[Balas komen alien ni hehehe]
ishak
Reply:
March 10th, 2010 at 7:49 pm
@hadjie, sebenarnya kita mesti berani try and eror dan check source code blog lain,nak tengok diorang,main apa dengan code tersebut,kadangkala asas paling bagus guna blogspot untuk try eror..sebelum berani melangkah lebih berani
[Balas komen alien ni hehehe]
That’s perfect that people are able to receive the home loans and this opens new opportunities.
[Balas komen alien ni hehehe]